Wednesday, January 13, 2010

~~Cun saja~~

Lagu ini bukan di radio setiap hari untukmu

Lagu ini tidak perlu kau kembali kepadaku

Lagu ini hanya ingin kau fahami ku sudah teruskan hidupku

Semuanya cun saja


Tak perlu tinggalkan pesanan

Tak perlu buat panggilan

Ku tak perlu lagi kalau kau cuba mintak maaf

Lupakan sahaja

Diriku cun saja



Duduk di rumah seorang saja

Menulis lagu cinta

Menggunakan kisah ini tuk ceritakan


-Chorus-


Alyph:

Cun hidupku kini cun saja

Sejak kita memang cun semuanya

Sejak pisah itulah permulaannya untukku berhati-hati dgn buaya

Ngap ngap pendirianku tegap

Jumlah kali kita bertengkar memang genap

Untuk aku ke tahap ini silap kita memang patut sama-sama kene sepak pak pak

Tapi bukan niat aku tuk salahkan dirimu

Aku sedar ku juga ada kekuranganku

Tapi kalau bersifat mementingkan diri sendiri untuk kebaikkan bukan kurang ajar itu


Duduk di rumah seorang saja

Mengarang lagu cinta

Dengan mengembalikan kisah kitakan tapi jangan perasaan

Ohh..


Walaupun ini bab yang baru ada masa arah ku tak tentu

Tetap rindu kehadiranmu, tidak patut

Kerna ku takut


-CHORUS-


Lagu ini,

Tandanya kamu masih sayangkan ku

Walaupun sudah tidak bersama lagi


Lagu ini,

Tandanya ku masih rindukanmu

Walaupun sudah tidak bersama lagi


Lagu ini,

Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu bahawaku okay

Aku okay


Lagu ini,

Dengan lagu ini ku ingin memberitahu kamu jangan cakap tak boleh


-CHORUS-

Thursday, January 7, 2010

hari bahagia ^ ^

Tarikh 8hb Januari 2010 bakal menjelma esok..
Satu lagi episod baru dalam kehidupan aku..Bila tarikh itu menjelma maka segala-galanya akan berubah...makin bertambah tanggungjawab, harus semakin matang serta macam-macam lagi...
Ia sesuatu yang sangat bahagia bila setiap tahun tarikh itu sentiasa di nanti2kan. mengharap dari rakan2 memberikan kata2 ucapan yang sangat baik..hehe...


SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRIKU ^ ^

Wednesday, December 30, 2009

Apa azam tahun baru anda

Apa azam anda semua????Lagi berapa hari je dah nak masuk tahun 2010 dan selamat tinggal tahun 2009

Mesti ada yang berazam macam seperti nak kahwin, nak ada kereta dan macam-macam lagi azam.
Setiap tahun mesti semua berazam sesuatu tapi adakah azam anda pada tahun lepas dah di tunaikan???

Bagi aku..azam tahun ni adalah untuk menunaikan azam tahun lepas yang mana masih lagi 'pending'....hehehe.....

Semoga tahun baru ni mendatangkan kebaikan kepada semua orang dan menjauhkan segala macam malapetaka....

SELAMAT TAHUN BARU.....

Sunday, December 27, 2009

~Entah~

Perjalanan hidup masih jauh serta panjang...

aku...
tidak tahu sama ada masih panjang atau tidak...
menunggu keputusan dari hospital...
hanya berdoa serta tawakal kepada yang Maha Esa...
banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku uruskan...

huhu......

Saturday, December 26, 2009

~apa aku tulis ni????~

Kata orang kalau kita tak dapat nak bersama dengan orang yang kita suka dan sayangi..dan kita hendak melihat orang yang kita sayangi itu bahagia maka kita kena lah membiarkan orang itu "terbang" tuk mencari kebahagian yang diidam2kan...bila kita melihat seseorang itu bahagia kita pon akan merasa bahagia juga walaupun perit...

berada di situasi ni memang sesuatu yang tidak di ingini oleh setiap orang dalam dunia ni...terpaksa mengalah dan menanggung derita...tapi apakan daya...satu keputusan harus dibuat dengan betul agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti putus sahabat, tidak bertegur sapa, tidak ber'sms' dan seabagainya..

malah perkara ini berlaku pada diriku..aku suka pada seseorang..akan tetapi apabila diluahkan maka tidak mendapat jawapan yang di ingini..jadi aku membuat keputusan untuk membiarkan dia 'terbang' dan aku berdoa agar dia bahagia serta gembira...segala salah silap dia aku maaf dan segala janji2 yang kita buat pon aku dah lupakan...lembaran baru harus dibuka pada tahun baru ni..cuma satu pintaku..jangan dilupakan terus persahabatan kita.....dan jangan takut lagi tuk bersemuka dengan aku (kalo ditakdirkan jumpa la) dan jangan la lari lagi...dah penat nak main kejar2 ni..biarkan la tahun 2009 penutup untuk episod kejar mengejar ni..aku dah lupakan semua dan dalam memori ingatan aku hanya satu..kamu la sahabat aku tidak lebih dari itu......

dan maafkan aku kira ada salah silap yerk....

p/s: tulis sambil tengok titanic...huhu:(

Friday, December 25, 2009

~Penginapan yang best~

2.5 D 2.5 N

Mesti semua pelik kenapa 2.5D 2.5N..biasa yang kita dengar 2D 1N, 3D 2N dan sebagainya tapi yang ini pelik..Penginapan kat tempat ni memang best ar korang semua kena try ar…kerana:

1. Berkongsi dengan ramai orang dalam satu bilik.

2. Ada orang yang sentiasa menjaga kita ( cantik2 plak 2…) hehe

3. Ada juga yang datang menanyakan keadaan kita ok ke tak?..hehe

4. Ada satu je yang tak best kat tempat penginapan ni..makanan berbau ubat..serta kena makan ubat…huhu

Ni semua berlaku kerana aku dimasukkan ke hospital pada malam hari dan kuar pada siang hari..keadaan aku memang teruk pada malam 2..sampaikan mak aku tak tahu nak wat apa dah..last2 ke hospital..sakit kepala yang amat sangat…huhu…memang aku pengsan pada malam tu..ingatkan dah sampai ‘seruan’ dari yang Maha Esa..ingatkan dah tak sempat tuk meminta maaf dari rakan2 jikalau ada salah dan silap..ingatkan dah tak sempat tuk memohon keampunan serta taubat dari ALLAH..huh..alhamdulillah ALLAH memanjangkan umur aku untuk beribadat serta memohon kemaafan dari rakan2..Dek kerana kejadian malam itu aku sedar bahawa aku perlu beribadat lebih banyak lagi kerana aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan hidup..huhuhu…minggu depan baru dapat result dari ujian darah serta x-ray kepala ku…huhu…aku berharap agar tidak mendapat perkhabaran yang tidak elok dari para doktor huhuhuh….:(

Rakan2 sekalian maafkan la segala salah dan silap aku..aku maafkan salah silap kamu semua…moga ALLAH akan memberkati kalian…

Thursday, December 17, 2009

~APA ITU JANJI?????~


Apa itu janji??


Pasti ramai yang mengetahui apa itu janji kan??
Janji yang dibuat mesti lah ditunaikan @ dikotakan....
tidak kira lah janji itu janji yang palsu atau pon benar...
dah janji..mesti ar kena tunaikan..betul tak???
bak kata pepatah...
" Lembu dipegang pada talinya...
Manusia dipegang pada janjinya.."
Apabila sesuatu janji itu tidak di kotakan maka...
mcm2 la yang akan berlaku....sakit hati, marah, dan macam2 perasaan lagi...
HAISHHH!!!!!

Apa kena mengena gambar adik sedara saya ni dengan tajuk janji???

pasti ramai yang tertanya-tanyakan....

begini ceritanya...

masa berada di rumah ketika cuti panjang ni macam-macam berlaku..

salah satu berkaitan dengan janji...dan perbualan ini pon terjadi di antara adik saya (amira) dengan adik sedara saya ni (izati)

amira: dik..sok pagi kita joging k..

izati : ok2..ogging kul bape??

amira: kul 8 pagi...

then keesokan harinya adik saya terlajak tido dan tak pergi jogging dengan izati seperti yang di janjikan...

kemudian pada tengah hari saya kerumah izati..maka terjadi lah perbualan ini...

Izati: Alon..kak ya mana??(Alon= Along..ckp xterus lg)

Saya: kat rumah..

Izati: kak ya ckp nak g ogging..(pada mula xpaham apa dia ckp)

saya: zati tuntut la janji 2 ngn kak ya...

so disini budak yang baru berusia 3 tahun lebih ni pon tahu menuntut janji yang dibuat..

inikan pulak "orang" yang lebih tua dari budak ni..buat janji tapi tak ditunaikan..

malah melarikan diri lagi ada ar...

macam2 ragam "orang" sekarang ni......haishhh!!!!

pikir2 lah....

JANJI YANG DIBUAT MESTILAH DITUNAIKAN...JANGAN MELARIKAN DIRI...

JANGAN MENDATANGKAN KEMARAHAN ORANG LAIN..

Selamat beramal....