Saturday, October 17, 2009

~Jom bunuh setan...~

Jom bunuh setan...

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan,minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang,abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami"yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuhsyaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata"banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

Thursday, October 15, 2009

~"Sahabat tak boleh pakai"~

Alkisah.....

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang,
seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA: Simpan anak kunci ini!
Jika aku tak kembali,
kau bukakanlah cawat besi isteri ku.
Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat disebuah lembah ,
kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir,barulah panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf...panglima bagi kunci yg salah!!!

~Lagu~

Lonely Soldier Boy

Bulan di malam hari
Datang dengan anginnya yang dingin
Ku tekadkan teruskan
Apa yg di juangkan
Tuk mencapai semua impian
Usah kau gentar dgn cabaran
Kerna itulah takdir kita
Chorus

Do you remember
That all lullabie
Ingatan yang lama kukan lupa
Telah ku tinggalkn
Akan ku tuliskan memori buatmu
Semua lelaki lonely soldier boy

Katakan pada dunia lonely soldier boy
Cahaya…Mentari..
Yang datang..kembali…
Bila hati curiga

Jantung berdegup dengan laju nya
Pejamkan saja mata
Tenang buat seketika
Harus kau ingati bilaB
ila semua sudah tiada
Hargai masa silam kita

Tuesday, October 13, 2009

SUDU DAN BENANG....KELAKAR GAK.....

AGAK KELAKAR CERITA INI.....HEHEHEH.......

Pengajaran yang tak ternilai bilamana jururunding boleh membawa perubahan yang besar terhadap mana-mana syarikat. Minggu lepas, kami membawa kengkawan ke satu restoren baru, dan aku perasan yang pelayan kami meletakkan sudu di dalam poket bajunya. Ia agak pelik. Bila pelayan lagi satu membawa air kosong dan utensil, dia nih pun ada sudu dalam poket bajunya. Apalagi aku tengok sekeliling memang semua pelayan restoren ini letak sudu dalam poket baju mereka. Bila pelayan tadi datang membawa hidangan sup aku bertanya, "Kenapa dengan sudu tuh?" "Sebenarnya", dia menerangkan, "bos kami baru lepas mengupah juruperunding ABC untuk merombak perniagaannya. Selepas beberapa bulan mengkaji, mereka merumuskan sudu adalah utensil yang selalu terjatuh. Lebih kurang 3 sudu terjatuh setiap meja sejam. Jika kakitangan kami lebih bersedia, maka kami mampu mengurangkan trip pergi balik dari meja pelanggan ke dapur dan menjimat! kan 15 jam seorang setiap syif". Dah nak jadik cerita katakan, sudu aku terjatuh dan pelayan tadi telahpun mengantikannya dengan sudu di poketnya. "Nanti saya pergi ambil sudu bila masa saya perlu pergi ke dapur, lagipun buat apa nak habiskan masa sekarang". Aku amatlah kagum.. Tak silap aku juga di zip seluarnya ada seutas benang. Sekali pandang, semua pelayan restoren ini memakainya. Jadi sebelum pelayan tadi blah, aku tanya, "Tumpang tanya, boleh tak kamu beritahu saya kenapa ada seutas benang di zip seluar kamu?" "Boleh, apa salahnya!" Selepas itu dia merendahkan suaranya. "Tak semua orang perasan benang ni." "Jururunding tersebut juga mencadangkan yang kami boleh menjimatkan masa semasa ke tandas. Dengan mengikat benang ini di kepala anu kami, kami boleh menarik benang sahaja tanpa memegang anu kami, dengan ini, kami tidak perlu membasuh tangan sebelum keluar melayan pelanggan, ini dapat memendekkan masa sebanyak 76.39 peratus.. Aku bertanya ! lagi "Lepas awak keluarkan anu awak, macam mana awak memasukkan ia balik kedalam seluar?" "Sebenarnya," dia membisik, "saya tak tahu orang lain, tapi, saya gunakan sudu di dalam poket saya tadi."

Sunday, October 11, 2009

~ Suami Terbaik !!!~~~~

Suami Terbaik

Sekumpulan lelaki berada di bilik persalinan di salah sebuah kelab eklusif lagi mewah di pusat bandar, setelah keluar dari gym. Tiba-tiba kedengaran deringan Handphone di penjuru bilik tersebut. Seorang lelaki menjawap panggilan itu dan terjadilah perbualan seperti berikut

"Hello?"
"Abang, nie sayang nie,"
"Emmm... "
"Abang masih ada di kelab lagi ke?"
"Iya."
"Sayang sekarang nie berada di shopping complex dua block dari kelab abang tu. Sayang ada nampak kain sutera terbaru.. Cantik bang, Boleh ke sayang beli?"
"Berapa harganya?"

"Cuma $1500.00 aje"
"O.K. Belilah kalau memang awak dah suka sangat"
"Ahhh thanks bang dan tadi sebelum datang sini sayang ada singgah di Cycle & Carriage dan tengok Mercedes model terbaru 2003 . Sayang suka kat satu model tu. Dan sayang dah bincang dengan jurujualnya dan dia setuju nak bagi good price . . lagipun elok juga kita tukarkan dengan BMW yang kita beli tahun lepas tu "

"Berapa harga yang dia bagi?"
"Cuma $280,000 ..."
"O.K tapi pastikan harga tu dah on the road."
"Great! Before we hang up, ada satu perkara lagi..."
"Apa?"

"Abang jangan terkejut pulak, sayang dah semak akaun bank abang dan.... pagi tadi sayang singgah dipejabat ejen hartanah dan sayang dapat tau rumah yang kita tengok tahun lepas tu... sekarang nie untuk dijual. Abang ingat tak? Rumah yang ada swimming pool bentuk love tu, ada taman orkid kat belakang, berhadapan dengan pantai tu. . cantik kan bang. . "

" Berapa harga yang mereka minta?"
" Cuma $740,000... O.K kan bang, dan sayang tengok dalam akaun kita boleh cover harga tu. . ." "Eloklah kalau macam tu, confirm cepat sebelum orang lain beli, tapi cuba dapatkan harga $700,000. OK?"

"OK, abang sayang, terima kasih bang, kita jumpa malam nanti ye!! I Love You !!!"

"Bye... I Love you too..."

Lelaki itu berhenti bercakap, menutup flap handphone . . .sambil mengangkat tangan yang memegang handphone tu dan bertanya pada yang ada dalam bilik tersebut :

"ADA SESIAPA TAHU KE HANDPHONE NIE SIAPA PUNYA? "

Jangan Ketawa


"Jangan Ketawa"

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa.
Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.
Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya.
Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.
Oleh kerana merasa tidak puas hati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.
"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.
"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.
"Tidak..", jawab wanita itu.
"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa",gadis itu masih tak
berpuas hati
"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri dikhalayak ramai? " getusnya.

"Kueh donat ngan kopi"


Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah berhijrah ke Malaysia...

Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk berkata
"kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat memesan
makanannya sendiri.
Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.
Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu bulan.

Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk mengucapkan "roti daging".
Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,"Roti daging."
"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

Lawak

"Tak romantik lansung"

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:
Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?
Suami : Kenapa?
Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan ciumisterinya.
Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntumbunga mawar.
Loving betullah mereka.
Kenapa abang tak buat macam tu?
Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"