Wednesday, December 30, 2009
Apa azam tahun baru anda
Sunday, December 27, 2009
~Entah~
Saturday, December 26, 2009
~apa aku tulis ni????~
berada di situasi ni memang sesuatu yang tidak di ingini oleh setiap orang dalam dunia ni...terpaksa mengalah dan menanggung derita...tapi apakan daya...satu keputusan harus dibuat dengan betul agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini seperti putus sahabat, tidak bertegur sapa, tidak ber'sms' dan seabagainya..
malah perkara ini berlaku pada diriku..aku suka pada seseorang..akan tetapi apabila diluahkan maka tidak mendapat jawapan yang di ingini..jadi aku membuat keputusan untuk membiarkan dia 'terbang' dan aku berdoa agar dia bahagia serta gembira...segala salah silap dia aku maaf dan segala janji2 yang kita buat pon aku dah lupakan...lembaran baru harus dibuka pada tahun baru ni..cuma satu pintaku..jangan dilupakan terus persahabatan kita.....dan jangan takut lagi tuk bersemuka dengan aku (kalo ditakdirkan jumpa la) dan jangan la lari lagi...dah penat nak main kejar2 ni..biarkan la tahun 2009 penutup untuk episod kejar mengejar ni..aku dah lupakan semua dan dalam memori ingatan aku hanya satu..kamu la sahabat aku tidak lebih dari itu......
dan maafkan aku kira ada salah silap yerk....
p/s: tulis sambil tengok titanic...huhu:(
Friday, December 25, 2009
~Penginapan yang best~
2.5 D 2.5 N
Mesti semua pelik kenapa 2.5D 2.5N..biasa yang kita dengar 2D 1N, 3D 2N dan sebagainya tapi yang ini pelik..Penginapan kat tempat ni memang best ar korang semua kena try ar…kerana:
1. Berkongsi dengan ramai orang dalam satu bilik.
2. Ada orang yang sentiasa menjaga kita ( cantik2 plak 2…) hehe
3. Ada juga yang datang menanyakan keadaan kita ok ke tak?..hehe
4. Ada satu je yang tak best kat tempat penginapan ni..makanan berbau ubat..serta kena makan ubat…huhu
Ni semua berlaku kerana aku dimasukkan ke hospital pada malam hari dan kuar pada siang hari..keadaan aku memang teruk pada malam 2..sampaikan mak aku tak tahu nak wat apa dah..last2 ke hospital..sakit kepala yang amat sangat…huhu…memang aku pengsan pada malam tu..ingatkan dah sampai ‘seruan’ dari yang Maha Esa..ingatkan dah tak sempat tuk meminta maaf dari rakan2 jikalau ada salah dan silap..ingatkan dah tak sempat tuk memohon keampunan serta taubat dari ALLAH..huh..alhamdulillah ALLAH memanjangkan umur aku untuk beribadat serta memohon kemaafan dari rakan2..Dek kerana kejadian malam itu aku sedar bahawa aku perlu beribadat lebih banyak lagi kerana aku tidak tahu berapa lama lagi aku akan hidup..huhuhu…minggu depan baru dapat result dari ujian darah serta x-ray kepala ku…huhu…aku berharap agar tidak mendapat perkhabaran yang tidak elok dari para doktor huhuhuh….:(
Rakan2 sekalian maafkan la segala salah dan silap aku..aku maafkan salah silap kamu semua…moga ALLAH akan memberkati kalian…
Thursday, December 17, 2009
~APA ITU JANJI?????~
Apa kena mengena gambar adik sedara saya ni dengan tajuk janji???
pasti ramai yang tertanya-tanyakan....
begini ceritanya...
masa berada di rumah ketika cuti panjang ni macam-macam berlaku..
salah satu berkaitan dengan janji...dan perbualan ini pon terjadi di antara adik saya (amira) dengan adik sedara saya ni (izati)
amira: dik..sok pagi kita joging k..
izati : ok2..ogging kul bape??
amira: kul 8 pagi...
then keesokan harinya adik saya terlajak tido dan tak pergi jogging dengan izati seperti yang di janjikan...
kemudian pada tengah hari saya kerumah izati..maka terjadi lah perbualan ini...
Izati: Alon..kak ya mana??(Alon= Along..ckp xterus lg)
Saya: kat rumah..
Izati: kak ya ckp nak g ogging..(pada mula xpaham apa dia ckp)
saya: zati tuntut la janji 2 ngn kak ya...
so disini budak yang baru berusia 3 tahun lebih ni pon tahu menuntut janji yang dibuat..
inikan pulak "orang" yang lebih tua dari budak ni..buat janji tapi tak ditunaikan..
malah melarikan diri lagi ada ar...
macam2 ragam "orang" sekarang ni......haishhh!!!!
pikir2 lah....
JANJI YANG DIBUAT MESTILAH DITUNAIKAN...JANGAN MELARIKAN DIRI...
JANGAN MENDATANGKAN KEMARAHAN ORANG LAIN..
Selamat beramal....
Tuesday, November 17, 2009
8C Buat Suami BENCI Isteri
2nd,sory klau repost..
just nk share dgn korg..
C1.
CABAR
Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar.
Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…
C2.
CABUL
Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan.
Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…
C3.
CELUPAR
Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.
C4.
COMOT
Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata - mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.
C5.
CEMBURU
Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam.
Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…
C6.
CEREWET
Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.
C7.
CINCAI
Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….
C8 CUAI
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.
Renung2kanlah dan selamat beramal…..
